Mencari sesuatu yang halal untuk dimakan atau digunakan dalam kehidupan
seharian adalah merupakan suatu kewajipan yang difardukan oleh Allah SWT ke
atas setiap Muslim, kerana mengambil yang halal itu dapat menambah cahaya iman
dan membuat termakbulnya doa dan diterima amal ibadah, sebagaimana memakan yang
haram boleh menghalang doa dan ibadat dari diterima oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda;
وعن أنس بن مالك عن النبي صلى الله عليه و سلم قال ' طَلبُ الحَلالِ وَاجِبٌ على كلِ مُسلِم. رواه الطبراني في الأوسط وإسناده حسن
Maksudnya:
Anas bin Malik meriwayatkan dari Rasulullah SAW, bersabda; “Mencari yang halal
adalah suatu kewajipan ke atas setiap Muslim”. Diriwayatkan oleh al-Thabarani
dengan sanad yang baik (hasan).

No comments:
Post a Comment