Takafulink adalah satu-satunya ‘killer product’ yang diperkenalkan MAA Takaful Berhad. Produk ini telah dinobatkan sebagai ‘Produk Takaful Paling Cemerlang’untuk tahun 2009, 2010, 2011 dan 2012 di KLIFF. Pengikhtirafan ini dilakukan oleh pakar-pakar kewangan dari pelbagai negara. Para pelanggan yang masih tercari-cari perlindungan yang koprehensif tidak perlu bersusah payah lagi kerana MAA Takafulink menyediakan yang terbaik untuk anda dan insan kesayangan anda.
TAKAFULINK (Takaful berasaskan pelaburan)
Pengenalan
Pelan takafulink adalah pelan yang memberi perlindungan disamping pelaburan yang diluluskan Syariah. Pelan ini menawarkan pulangan yang lebih baik jika dibandingkan simpanan yang disimpan di dalam akaun simpanan.
Manfaat Takafulink
Pelan Takafulink ini memberikan manfaat asas kematian dan hilang upaya kekal serta manfaat-manfaat tambahan lain yang diperlukan oleh peserta. Antara contoh-contoh manfaat tambahan yang disediakan ialah:
- Pampasan jika peserta menghidap salah satu dari 36 penyakit kritikal (kini 46 penyakit kritikal)
- Pengecualian caruman atau caruman akan dibayar syarikat jika menghidap salah satu dari 36 penyakit kritikal. (kini 46 penyakit kritikal)
- Perlindungan kemalangan di mana sejumlah pampasan akan diberikan jika berlaku kemalangan.
- Elaun harian hospital & elaun pembedahan
- Kad perubatan
Akaun Peserta
Setiap peserta yang menyertai pelan MAA Takafulinkakan mempunyai dua jenis akaun:
Akaun Pelaburan Peserta(PIA)
Akaun ini dikenali sebagai akaun simpanan peserta dimana sumbangan bulanan/suku tahunan/setengah tahunan/tahuan yang dibayar oleh peserta akan dimasukan kedalam akaun ini selepas ditolak yuran wakalah.Yuran wakalah dikenakan oleh pengendali takaful sebagai bayaran fee atau upah kepada agen peserta dalam menguruskan perniagaan takaful.PIA adalah akaun pelaburan individu yang bertujuan untuk menjana keuntungan.
Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA)
PRIA adalah dana risiko terkumpul di mana peserta membuat caruman berdasarkan tabarru’ (sumbangan) di mana manfaat kematian dan lain-lain manfaat yang dimiliki adalah berbayar dari dana akaun PRIA ini. Caj risiko bulanan atau tabarru’ ini dikenakan melalui PIA kepada PRIA.
Apa itu caj risiko atau tabarru’?
~ialah caj yang yang dikenakan bagi setiap manfaat yang diperoleh bagi setiap pelan takaful. Setiap manfaat atau dipanggil rider mempunyai caj risiko yang tersendiri yang mana akan ditolak dari akaun pelaburan peserta.
Lagi tinggi nilai manfaat/rider yang diambil, maka lagi tinggi caj risiko yang dikenakan. Begitu juga dengan bilangan rider yang diambil, lagi banyak rider yang disertakan lagi tinggi caj risiko yang dikenakan.
Bagaimana Dengan Kadar Caruman?
Anda boleh memiliki Takafulink pada caruman serendah RM50 sebulan atau RM600 setahun. Anda diberi fleksibiliti untuk membuat caruman secara bulanan, suku tahun, setengah tahun atau tahunan berdasarkan peruntukan berikut kepada Akaun Pelaburan Peserta.
Berdasarkan jadual di atas, sebanyak 40% atau RM400 akan diperuntukkan untuk Akaun Pelaburan Peserta, manakala selebihnya atau 60% akan diperuntukkan sebagai Yuran Wakalah.
Dana-Dana Takafulink
Untuk tujuan pelaburan Akaun Pelaburan Peserta, peserta boleh memilih dana-dana yang ditawarkan oleh pihak pengendali takaful. Dana-dana yang ditawarkan adalah:
Dana MAA Takaful Shariah Growth
- Menyediakan tambah nilai modal dalam jangkamasa sederhana hingga panjang menerusi pelaburan dalam portfolio ekuiti diluluskan Syariah yang pelbagai, dengan potensi pertumbuhan yang tinggi.
- Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko yang tinggi.
Dana MAA Takaful Shariah Balanced
- Menyediakan campuran seimbang antara pulangan pendapatan dan pertumbuhan modal serta pengumpulan jangkamasa panjang bagi tempoh sederhana hingga panjang.
- Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko yang sederhana hingga tinggi.
Dana MAA Takaful Shariah Income
- Menyediakan pendapatan stabil menerusi pelaburan dalam portfolio bon dan tunai setara diluluskan Syariah yang pelbagai.
- Bagi peserta yang mempunyai toleransi risiko rendah hingga sederhana.
Dana MAA Takaful Shariah Flexi
- Bertujuan menjanakan pulangan positif dalam jangka masa sederhana hingga panjang dengan fleksibiliti peruntukan aset daripada dana tersebut.
- Dikhususkan untuk pelabur yang memilih untuk menerima pendapatan tetap, pulangan pelaburan stabil dan potensi peningkatan modal jangka pertengahan hingga jangka panjang.
Kelebihan Pelan Takafulink
- Anda boleh memberhentikan caruman lazim anda dan masih menikmati perlindungan Takafulink, selagi nilai Akaun Pelaburan Peserta (PIA) untuk menyelesaikan caj Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA) mencukupi.
- Anda boleh membuat pengeluaran separa pada bila-bila masa, tertakluk kepada pengeluaran minimum berjumlah RM500 dan baki minimum sebanyak RM1000 dalan dana Akaun Pelaburan Peserta (PIA).
- Selain itu, anda juga boleh menambah pelaburan anda pada bila-bila masa dengan bayaran minimum sekali gus sebanyak RM1,000. 95% daripada Jumlah Penambahan Tak Lazim yang diperuntukkan ditolak RM25 adalah disediakan untuk pelaburan dalam Akaun Pelaburan Peserta (PIA).
Takafulink Untuk Siapa?
Takafulink disediakan untuk SEMUA tidak kira agama mahupun kaum yang berusia di antara 30 hari dan 69 tahun; walaubagaimanapun, para peserta mesti berusia sekurang-kurangnya 18 tahun.
Ingin Lebih Protection dan Lebih Manfaat?
Terdapat manfaat-manfaat lain yang disediakan mengikut keperluan peserta. Antaranya:
- Special Contributor Benefits
- Critical Illness Super
- Critical Illness Plus
- Juvenil Critical Illness
- Improved Accident Indemnity
- Khusus Protection
- Ziarah Protection
- Waiver of Contribution on Dread Disease
- Wanita Illnesses Protection
- Wanita Maternity Protection
- Golden Wanita Protection
- Hospital & Surgical Benefit
- Hospital Benefit
- Smartmedic Riders
Bagaimana Dengan Penyertaan Perkongsian Lebihan Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA)?
Sekiranya terdapat sebarang lebihan bersih di dalam Akaun Pelaburan Risiko Peserta (PRIA), nilai yang sama akan dikongsi oleh Para Perserta dan Pengendali Takaful mengikut nisbah 50:50.
Tax Deductible
Bagi mereka yang tak suka bayar cukai yang tinggi, ini adalah berita baik untuk anda. Anda diberi pelepasan cukai maksimum RM6,000.00 untuk Takaful Keluarga/Insurans Hayat individu. Tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Tax Deductible
Bagi mereka yang tak suka bayar cukai yang tinggi, ini adalah berita baik untuk anda. Anda diberi pelepasan cukai maksimum RM6,000.00 untuk Takaful Keluarga/Insurans Hayat individu. Tertakluk kepada keputusan muktamad Lembaga Hasil Dalam Negeri.
Jika anda ingin perlindungan untuk diri sendiri atau insan tersayang, sila emailkan Nama, Umur, Jantina, Budget caruman, Merokok/Tidak, No. HP, Manfaat yang diinginkan kepada teratakkroh@yahoo.com
Untuk keterangan lanjut hubungi :
Nasri Abd Latif
Perunding Takaful
Tel:
E-Mel: teratakkroh@yahoo.com
E-Mel: teratakkroh@yahoo.com

No comments:
Post a Comment